Monday, March 29, 2010

Sejarah Bendera Malaysia

Sejarah Bendera Malaysia, Menurut Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, bendera marupakan tanda atau lambang kewujudan suatu masyarakat, negara, angkatan bersenjata, pejabat atau pun indvidu. Bendera biasanya berbentuk segi empat, dengan bagian yang disebut tepi bendera, untuk diikat pada sebuah tiang. Berbagai jenis simbol atau lambang telah lama digunakan oleh beberapa kerajaan kuno, untuk menunjukkan kekuasaan atau kedaulatan mereka. Pada zaman itu, lambang-Iambang tersebut menggunakan simbol-simbol yang ada kaitannya dengan kepercayaan, hal-hal keramat atau benda-benda yang dianggap suci oleh masyarakat pada masa itu. Simbol-simbol tersebut dilukis di atas benda yang keras dan diletakkan di atas tiang. Penggunaan simbol seperti ini berlangsung terus dan berkembang hingga ke negara-negara lain di Eropa seperti Byzantium dan lain-lain, sehingga bendera seperti yang ada sekarang ini tercipta.

Lahirnya Bendera Persekutuan Tanah Melayu Bendera Persekutuan Tanah Melayu mulai digunakan secara resmi pada tanggal 26 Mei 1950. Berawal dari satu pertandingan untuk mendesain Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pertandingan ini disebarluaskan melalui surat kabar setempat ‘The Malay Mail‘ pada 10 Agustus 1949. Sebanyak 373 desain telah diterima oleh panitia pertandingan. Untuk menyukseskan pertandingan dan memilih desain bendera Persekutuan Tanah Melayu yang cocok, telah dibentuk ‘Jawatankuasa Khas’ pada bulan Mei 1948. Laporan Jawatankuasa ini telah disampaikan kepada Majlis Perundangan Persekutuan pada tanggal 15 November 1949. Dari jumlah 373 desain bendera yang dipertandingkan, hanya tiga bendera yang dipilih. Tiga bendera tersebut bersama 6 desain lagi yang telah disiapkan terpisah telah diserahkan kepada Raja-Raja Melayu untuk pemilihan. Pada 19 April 1950, atas nasihat Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Council) dan atas persetujuan Raja-Raja Persekutuan Tanah Melayu, bendera Malaysia yang ada sekarang ini telah dipilih sebagai bendera resmi Persekutuan Tanah Melayu. Pada mulanya, bulan sabit dan bintang didesain berwarna putih, tetapi atas usulan Sultan Kedah dengan persetujuan Raja-Raja yang lain, warna putih itu diganti dengan warna kuning untuk melambangkan warna DiRaja. Pada 26 Mei 1950, untuk pertama kalinya bendera itu dikibarkan di Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur. Upacara pengibaran bendera Persekutuan Tanah Melayu ini telah dihadiri oleh pembesar-pembesar negeri yaitu Sultan Selangor Serta wakil-wakil Sultan yaitu Haji Abdul Wahab bin Abdul Aziz (Menteri Besar Perak), Dato’ Mahmud bin Mat (Menteri Besar Pahang), Dato’ Onn bin Jaafar (Menteri.Besar Tohor), Encik Kamaruddin (Menteri Besar Terengganu), Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmud (Menteri Besar Kelantan), Raja Haji Ahmad bin Raja Endut (Menteri Besar Perlis), Tunku Ismail bin Tunku Yahya (Menteri Besar Kedah) dan Dato’ Abdul Malek bin Yusuf (Menteri Besar Negeri Sembilan). Pukul 09.38 pagi, Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan oleh Sir Henry Gurney (Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya) untuk pihak pembesar-pembesar negeri. Sejak itulah, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai benderanya sendiri yang menjadi lambang kemegahan serta simbol sebuah negara yang mempunyai rakyat yang bersatu padu. Bendera ini berukuran panjang 6 kaki (1.828 meter) dan lebar 3 kaki (0.914 meter) dengan enam jalur berwarna merah dan lima jalur berwarna putih. Sebelas jalur ini melambangkan perpaduan sebelas buah negeri Persekutuan yaitu Johor, Pahang, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang. Warna merah, putih dan biru melambangkan negara ini sebuah negara Commonwealth. Bulan dan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama resmi Persekutuan Tanah Melayu sementara warna kuning di bulan dan bintang melambangkan warna DiRaja yang menandakan kedaulatan sultan-sultan Negeri Tanah Melayu yang juga sebagai Ketua Agama Islam. Perpaduan dan kerjasama negeri-negeri ini juga disimbolkan oleh bintang berjumlah sebelas. Pencipta Bendera Persekutuan Tanah Melayu Dari arsip yang ada, terdapat dokumen yang ditandatangani oleh seorang yang bernama Mohamed bin Hamzah yang ditujukan kepada ‘Clerk of Councils’ , The Council Chamber, Kuala Lumpur, mengusulkan rancangan desain bendera Persekutuan Tanah Melayu. Salinan contoh desain usulan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ini juga ditemukan dari koleksi dokumen Jabatan Kerja Raya, Johor yang ditandatangani oleh Allahyarham Mohamed bin Hamzah.

Jalur Gemilang Megah Dan Terbilang, dengan terbentuknya Federasi Malaysia pada tahun 1963, bendera negara pun ikut disesuaikan dan dinamakan Bendera Malaysia. Empat belas jalur merah dan putih menunjukkan empat belas buah negeri di Malaysia. Penyesuaian ini dilakukan kerana Sabah dan Sarawak telah bergabung dengan Federasi Malaysia. Di samping mempunyai empat belas jalur, bintang juga menjadi empat belas buah, tanpa perubahan pada warna dan lambang. Setelah resmi sebagai bendera negara, Bendera Malaysia ini diberi sebutan khusus ‘Jalur Gemilang‘, yang amat sesuai untuk diabadikan oleh rakyat Malaysia. Pemilihan Jalur Gemilang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri Malaysia melalui Musyawarah Kabinet tahun 1997. Pengumuman nama Bendera Malaysia Jalur Gemilang telah diadakan pada 31 Agustus 1997, pukul 11.58 malam oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia di Dataran Merdeka. Lambang jalur pada bendera menggambarkan satu jalan yang lurus, tujuan yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini. Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh itu Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengarungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan martabat negara. Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cobaan. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, warna biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai sedangkan warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara. “Sesungguhnya Penghayatan Ke atas Jalur Gemilang, Lambang Kesamarataan, Perpaduan dan Kedaulatan Malaysia Menjadi Pemangkin Kesempurnaan Cita-Cita Untuk Terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang” Wallahua’lam

Hari Potensi Kanak-Kanak

Hari Potensi Kanak-Kanak Pra Sekolah adalah satu hari sukan dimana kanak-kanak menunjukkan bakat dan kebolehan mereka dalam pelbagai acara atau aktiviti yang diadakan seperti silat, tarian, lakonan, nyanyian, permainan bolasepak dan bolajaring.
Objektif utama Hari Potensi ini ialah untuk memupuk semangat kerjasama antara kanak-kanak disamping mencungkil bakat diantara mereka. Disamping itu juga ibu bapa dapat beramah mesra antara satu sama lain, mengeratkan silaturahim diantara guru, ibu-bapa dan kanak-kanak.

Sunday, March 28, 2010

Apa Itu Kaunseling ?


Kaunseling didefinasikan sebagai "proses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang”

atau

“…. counseling, like kissing, is so intrinsically interesting and satisfying that few bother to critically examine it.”

atau

“….kaunseling, umpama suatu kucupan yang memberikan kepuasan dan kesan dalaman, walau bagaimanapun tidak ramai yang mengamatinya secara kritikal.”

Pendidikan Seni Visual

Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.
Pendidikan Seni Visual sekolah menengah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah menengah merangkumi perkara yang berkait dengan seni halus, komunikasi visual, reka bentuk dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

Objektif :
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual,
3. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya,
4. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti,
5. membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual,
6. mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.
7. menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa,
8. menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya,
9. menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup, dan
10. membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.







Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Rukun Negara

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina
satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :-


KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN