Puisi tradisional genre pantun adalah puisi tulen milik orang Melayu yang tumbuh dan berkembang sehingga hari ini. Pantun dicipta sebagai pernyataan fikiran, perasaan dan tanggapan terhadap sesuatu fenomena atau situasi. Digunakan secara lisan dan tulisan untuk menyindir, berjenaka, nasihat, marah, tegur, ugut, herdik, puji, sanjung, kasih-sayang, gambaran alam atau metafora; kias dan ibarat.
Dalamkonteks sastera rakyat, pantun diucap secara pertuturan dan dinyanyikan. Kita dapati lagu-lagu Melayu Asli, Dondang Sayang, Dikir Barat, Bongai, Lotah, Mukun dan sebagainya mengandungi nyanyian berasaskanpantun setakat yang pernah dikumpulkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terdapat tidak kurang daripada 5653 pantun tradisional di negara kita. Hari ini pantun digunakan sebagai "penambah manis" ucapan lisan atau bertulis di kad-kad tertentu. Pertandingan berbalas pantun telah menjadi suatu acara popular.
Contoh Pantun:
Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang dua,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang jua.
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji diatas peti,
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia lari.
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga gadis boleh ku cari,
Mana nak sama cik adik seorang.
No comments:
Post a Comment