Pada umur 3 tahun, umumnya kanak-kanak tahu bagaimana menggunakan 900 hingga 1,000 perkataan. Jumlah ini meningkat kepada 2,600 perkataan apabila mencapai umur 6 tahun. Apabila kanak-kanak mula menjejakkan kaki ke sekolah, perbendaharaan kata mereka bertambah dari semasa ke semasa sehingga mencecah 80,000 perkataan.
Perkembangan pesat bahasa ini disumbangkan oleh kepesatan minda kanak-kanak mengingat makna perkataan baru selepas mendengarnya bagi kali pertama atau bercakap sekali dua dengan rakan-rakannya. Walaupun kadang-kadang sebutan sesuatu perkataan kurang tepat atau salah, ia diperbaiki dengan teguran dan kekerapan bercakap dengan orang dewasa seperti ibu, bapa atau adik-beradik saudara.
Kanak-kanak mula bercakap menggunakan ayat yang ringkas dan mudah. Jawapan mereka juga mudah dan singkat serta mudah difahami. Semakin lama bercakap, mereka dapat memahami sebab dan akibat, kerana perkembangan mental yang bertambah baik. Sebutan dan tatabahasa yang baik menjadikan orang dewasa dapat memahami bahasa mereka. Jika tidak difahami, mereka cuba menerangkannya dengan lebih jelas. Kanak dari umur 3 hingga 6 tahun harus mendapatkan penerangan yang jelas tentang sesuatu ayat atau perkataan yang mereka katakan. Ini adalah kerana sifat ingin tahu mereka mendorong seseorang kanak-kanak itu untuk bercakap dengan perkataan yang baru. Oleh itu, pemerhatian serta pemantauan harus dilakukan bagi mengelakkan mereka menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya.
No comments:
Post a Comment